Solat Tarawih Bersendirian & Berjemaah - Panduan Lengkap Rumi - Techo
Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Solat Tarawih Bersendirian & Berjemaah - Panduan Lengkap Rumi

Melaksanakan solat sunat tarawih adalah antara amalan-amalan yang begitu dituntut (sunat muakkad) dalam bulan Ramadhan.
Ia boleh dilakukan secara bersendirian di rumah mahupun berjemaah di masjid dan surau.
Tarawih ertinya Istirehat.
Maka solat ini dilaksanakan berselang-seli dengan ‘berehat seketika’.
Tujuan berhenti rehat sekejap adalah untuk memperolehi keikhlasan dan memberikan ketenangan kepada mereka yang bersolat, khususnya kepada warga emas disamping mengelakkan ketegangan badan selepas berbuka puasa.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesiapa yang melakukan solat malam (Tarawih) pada Ramadan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan dan keampunan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu
— Hadis riwayat Muslim
Solat sunat tarawih adalah satu ibadah qiamullai yang sangat digalakkan pada bulan Ramadan sehingga nabi menggelarkan ia “qiam ramadan”.
Ia sangat istimewa sehingga Allah menjanjikan ganjaran keampunan kepada mereka yang mengerjakannya.
Waktu Untuk Mengerjakan 
Waktu untuk mengerjakan solat sunat tarawih adalah selepas Solat Sunat Ba’diyyah Isyak sehinggalah terbit waktu fajar.
Adalah digalakkan untuk mengerjakan solat sunat ini secara berjemaah di masjid kerana ganjaran pahalanya begitu besar.
Jumlah Rakaat
Rasulullah tidak pernah menetapkan bilangan rakaat yang perlu dilakukan.
Solat Sunat Tarawih ialah ibadat tambahan yang dilakukan dalam keadaan tenang dan tidak tergopoh-gapah.
Ia satu cara untuk menunjukkan keikhlasan, kebaktian dan ketaatan kepada Allah SWT.
Jesteru itu, Rasulullah SAW menyuruh ia dilakukan mengikut kemampuan, keikhlasan dan kerelaan.
Sekiranya tidak mampu melakukan 20 rakaat disebabkan tugas mahu pun kesihatan, memadai dengan lapan rakaat sahaja.
Selepas itu, solat sunat tarawih akan diakhiri dengan solat witir.
Bilangan rakaat Solat Sunat Tarawih yang biasa dilakukan Rasulullah SAW adalah 11 rakaat; terdiri dari 8 rakaat solat Tarawih dan 3 rakaat Solat Sunat Witir.
Jumlah ini dipilih oleh kebanyakan umat Islam Malaysia.
Biasanya Solat Sunat Tarawih dipisahkan kepada 2 rakaat demi 2 rakaat (4 kali 2 rakaat) dengan setiap dua rakaat satu salam.

Lafaz Niat Solat Tarawih

Oleh kerana solat sunat tarawih boleh dilakukan sama ada secara bersendirian atau berjemaah, maka terdapat 2 lafaz niat yang saya akan terangkan.
Lafaz niat membantu kita sewaktu berniat solat (rukun) semasa Takbiratul Ihram.

Solat Tarawih Bersendirian

Lafaz niat solat sunat tarawih secara bersendirian ialah:

Cara Solat Terawih

Berikut adalah cara solat sunat tarawih yang boleh dilakukan sama ada secara sendirian atau berjemaah.

1. Lafaz Niat Solat Terawih

Lafaz niat sembahyang sunat Tarawih adalah seperti berikut :
اُصَلِّى سُنَّةَ التَّرَاوِيْحِ رَكْعَتَيْنِ إِمَامًا ِللهِ تَعَالَى
( Usolli sunnatal tarawih rak’ataini lillahi taala)

Sahaja aku sembahyang sunat Tarawih dua rakaat
*(menjadi makmum / imam) kerana Allah Taala.

2. Menyempurnakan Rukun Solat Yang Lain

Rukun sembahyang sunat Tarawih ini samalah dengan rukun
sembahyang yang lain juga.
Ini bermaksud, selepas lafaz niat dan takbiratul ihram, kita perlu membaca al-Fatihah, surah pilihan, rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, dan kemudian meneruskan rakaat kedua sehinggalah bacaan tahiyat akhir dan diakhiri dengan salam.
Jumlah rakaat boleh dilakukan sama ada 8 rakaat (4 salam) atau 20 rakaat (10 salam).

3. Bacaan Surah

Secara ringkasnya, sebenarnya kita boleh membaca apa-apa surah yang dihafal.
Namun pada malam 1 hingga 15 Ramadhan boleh juga dibacakan surah-surah yang tertentu pada rakaat pertama mengikut susunan seperti:

  • Surah Al-Takathur
  • Surah Al-Asr
  • Surah Al-Humazah
  • Surah Al-Fil
  • Surah Quraisy
  • Surah Al-Ma’un
  • Surah Al-Kautsar
  • Surah Al-Kafi run
  • Surah An-Nasr
  • Surah Al-Masad

Pada tiap-tiap rakaat yang kedua pula dibaca surah al-Ikhlas.
Dari malam 16 hingga akhir Ramadhan,
  • Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr.
  • Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca satu surah seperti yang dibaca pada rakaat yang pertama bagi malam-malam 1 hingga 15 Ramadhan iaitu bermula dari surah al-Takathur hingga kepada surah al-Masad.
*Penentuan sesuatu surah seperti yang disebutkan itu
hanyalah untuk memudahkan kita mengingati bilangan rakyat
sahaja dan kerana itu seseorang boleh membaca mana-mana
surah atau ayat yang diingatnya.
Begitu juga tentang peraturan berselawat antara rakaat-rakaat sembahyang Tarawih seperti yang dikongsikan di bawah ini.

Selawat & Wirid Antara Solat

Acara selawat dan bacaan tertentu ketika memulakan atau di antara solat terawih tidaklah dimestikan jika kita tidak menghafalnya.
Namun, tidak salah juga jika kita ingin mengamalkannya kerana tujuannya adalah untuk menambahkan lagi ibadat pada bulan yang mulia ini.

Sebagai panduan, berikut adalah bacaannya: